Sunday 15 December 2013

Padang-Bukit Tinggi, Indonesia

Selamat bertemu para pengunjung blog saya. Kerja dan tugasan yang dilalui tidak mungkin akan membiarkan saya patah semangat untuk melancong bersama rakan-rakan. Oleh itu, pada 2 Disember 2013 hingga 5 Disember 2013 yang lalu saya telah melancong ke Padang-Bukit Tinggi pula. Seramai 8 orang yang terdiri daripada kaum hawa telah berada di LCCT pada pukul 4.30 pagi. Hari itu saya dan rakan-rakan bertolak pada pukul 7.50 pagi. Rupanya tidak lama saya berada di dalam kapal terbang, sudah sampai kami di lapangan terbang Minangkabau, Padang. Pada hari itu saya merupakan ketua lawatan ini, maka nama saya telah dipamerkan tatkala saya dan rakan-rakan melepasi pintu keluar. Pemandu kami bernama Hendri membawa beg-beg yang dibawa masuk ke dalam van pelancongan yang memuatkan 10 orang penumpang. Dari situ, kami dibawa menuju ke Bukit Tinggi. Mengikut kata Hendri, perjalanan ke Bukit Tinggi mengambil masa 2 @ 3 jam  dari Padang. Sepanjang perjalanan, kami melihat penjual menjual sengkuang yang disusun cantik di samping rumah-rumah yang bercirikan Minangkabau. Ooopps..rasa mengantuk pula. nanti saya sambung cerita saya . Nantikan...







 Tempat-tempat menarik yang dilawati...inshaAllah perjalanan seterusnya pada tahun 2014 ingin ke Vietnam (Ho Chi Mint) . Semoga doanya dimakbulkan untuk sampai ke sana....amin




                                                            Sewaktu di LCCT Sepang 

Friday 19 July 2013

Jakarta - Bandung

Pada tahun lepas semasa cuti sekolah akhir tahun, saya dan 2 orang kakak serta  anak saudara berkunjung ke Indonesia. Destinasi yang dipilih ialah Jakarta - Bandung. Saya telah menempah pakej pelancongan tersebut melalui agensi pelancongan di Sungai Besar. Alhamdulillah merupakan syarikat bumiputera yang dimiliki oleh En. Nasaruddin Abdul Rahman. Saya lebih suka mengikuti pakej yang dilengkapi bayaran tersebut dengan kapal terbang, makan, hotel , pengangkutan dan lain-lain. Tidak perlu bersusah payah memikirkan apa yang perlu dibuat. Saya juga lebih gemar bayaran yang dibuat tidak melalui "bank in" tetapi melalui bersua muka berhadapan dengan kerani di situ. Seringkali terjadi ramai antara kita ditipu oleh agensi pelancongan yang berada di luar sana walaupun kita sebenarnya boleh membuat pilihan agensi yang mana yang asli dan jujur. Percutian tersebut amat menyeronokkan apatah lagi itu lah kali pertama kakak saya menaiki kapal terbang. Saya hanya menaiki pesawat Air Asia dari LCCT ke Jakarta . Mungkin suatu masa nanti saya ingin menaiki pesawat yang lebih besar dan selesa sesuai dengan harga tambangnya.



bersama kakak dan anak saudara




di Gunung Berapi


di Toko Pasar Baru , Bandung . Ibu Christine dan pekerja2nya...


di Hotel Cemerlang tempat penginapan kami di Bandung...

In sha Allah pada bulan 12  tahun 2013 ini saya juga akan pergi melancong ke Indonesia lagi. Destinasi kali ini ialah di Padang - Bukit Tinggi bersama kakak ipar serta rakan2 sekuliah dan jiran rumah...

Saturday 20 April 2013

Welcome

My first post!

Kali pertama diri ini menulis dalam blog. Terima kasih untuk lecture Cik Haslinda bt Hashim....